Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Polisi WhatsApp Baharu: “Kongsi Data Anda Bersama Facebook” Atau Tidak Boleh Gunakan WhatsApp

Polisi WhatsApp Baharu: “Kongsi Data Anda Bersama Facebook” Atau Tidak Boleh Gunakan WhatsApp

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Meor Hasyim

Sejak semalam WhatsApp telah mula mengemaskini polisi dan kepenggunaan baharu untuk aplikasi mereka.

Namun begitu, apa yang jelas adalah jika anda tidak setuju dengan polisi ini, anda tidak boleh menggunakan WhatsApp.

Apa yang terbaharu mengenai polisi baharu WhatsApp ini?

Yang paling menarik perhatian adalah melalui polisi baharu ini WhatsApp telah meminta izin untuk berkongsi data anda yang diperoleh mereka kepada Facebook, bapa syarikat mereka.

Polisi WhatsApp Baharu: “Kongsi Data Anda Bersama Facebook” Atau Tidak Boleh Gunakan WhatsApp

Menurut polisi itu:

  • WhatsApp boleh menggunakan maklumat yang mereka dapat dari Facebook
  • Facebook boleh menggunakan maklumat yang diperoleh dari WhatsApp

Jika anda bertanyakan apakah maklumat yang dikongsi, antaranya adalah data:

  • Pembelian barangan
  • Maklumat kewangan
  • Lokasi
  • Kenalan
  • Kandungan pengguna
  • Data penggunaan
  • Diagnostik

Maklumat ini akan digunakan untuk meningkatkan tahap operasi antara WhatsApp dan Facebook, dan juga meningkatkan lagi servis dan penawaran produk-produk dari Facebook termasuk juga Instagram.

Jika anda tidak bersetuju data yang diperoleh oleh WhatsApp akan dikongsi oleh Facebook, satu sahaja cara yang boleh dilakukan:

Berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya

Polisi baharu ini akan dilaksanakan secara efektif bermula 8 Februari 2021. Buat masa ini, anda boleh lagi tidak bersetuju dengannya dan tidak menekan butang “Agree”.

Namun perkara ini mungkin berubah di mana anda tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp jika tidak bersetuju dengan apa yang WhatsApp mahukan.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY