Lebih buruk, jika tidak bersetuju dengan data yang diperoleh WhatsApp akan dikongsi kepada Facebook, hanya satu cara yang boleh dilakukan iaitu berhenti menggunakan WhatsApp sepenuhnya.
WhatsApp menerusi The Verge juga telah mengeluarkan kenyataan di mana perkongsian data hanya diguna pakai untuk akaun perniagaan sahaja. Terbaru, WhatsApp secara rasmi tampil memperincikan polisi privasi baharu bagi mengurangkan kekeliruan.
Antara yang digariskan adalah:
- WhatsApp tidak boleh melihat mesej peribadi atau mendengar panggilan anda dan begitu juga Facebook. Apa sahaja yang dikongsi kekal sebagai privasi dan dilindungi penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption).
- WhatsApp tidak menyimpan log mengenai siapa yang menerima pesanan mesej atau panggilan.
- WhatsApp tidak berkongsi senarai kenalan anda bersama Facebook.
- WhatsApp tidak boleh melihat perkongsian lokasi anda dan begitu juga Facebook. Ia turut dilindungi penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption)
- Privasi kumpulan sembang WhatsApp masih dikekalkan.
- Untuk privasi tambahan, anda boleh menetapkan mesej yang dihantar dengan ciri Mesej Menghilang.
- Anda kini boleh memuat turun dan melihat data yang diperoleh oleh WhatsApp
Untuk lebih lanjut mengenai perincian privasi baharu yang digariskan oleh WhatsApp, ianya boleh diakses melalui pautan ini.
Berkaitan
- Pakistan Lancar Aplikasi Pemesejan Seakan WhatsApp
- Pengguna Disaran Tangguh Kemas Kini WhatsApp Versi Ini
- WhatsApp Uji Ciri Pin Mesej Dalam Tempoh Tertentu
- PDRM Kesan Waran Tangkap Palsu Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram
- Cara Senyapkan Panggilan Nombor Tak Dikenali Di WhatsApp
- WhatsApp Setuju Untuk Lebih Telus Mengenai Perubahan Dasar - EU
- Perkhidmatan Tergendala, WhatsApp Sedang Mengalami Masalah Teknikal
- Video Trailer Netflix Kini Menyokong Mod Picture-In-Picture Dalam WhatsApp
- Ciri Mesej Video Tersedia Secara Rasmi Di WhatsApp
- WhatsApp Channel Kelak Boleh Pindah Milik