Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Bakal Perkenal Tetapan Mesej Menghilang Selepas Dibaca

Diterbitkan Mac 24, 2026 ยท Dikemas kini Mac 24, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan mesej menghilang selepas dibaca.

Sebagai rujukan, mesej menghilang merupakan ciri pilihan yang boleh diaktifkan pengguna untuk mendapatkan lebih privasi dalam perbualan. Ketika ini, pengguna boleh memilih tetapan mesej menghilang dalam tempoh 24 jam, 7 hari atau 90 hari selepas dihantar, sama ada untuk semua sembang atau sembang tertentu.

Dengan kemas kini akan datang, WhatsApp bakal memperkenalkan pilihan tetapan masa “selepas dibaca”. Apabila diaktifkan, mesej akan menghilang 15 minit selepas penerima membacanya. Namun, jika mesej tersebut tidak dibaca, ia akan hilang secara automatik daripada perbualan penerima selepas 24 jam.

WhatsApp Bakal Perkenal Tetapan Mesej Menghilang Selepas Dibaca

Menurut WABetaInfo, ciri ini juga berfungsi walaupun “bluetick” atau ciri resit dibaca dimatikan.

Mesej akan hilang daripada telefon penghantar 15 minit selepas dihantar, tanpa mengira sama ada penerima telah membacanya atau tidak. Begitu juga, mesej tetap akan hilang daripada telefon penerima walaupun penghantar tidak mengetahui sama ada mesej telah dibaca.

Buat masa ini, ciri mesej menghilang selepas dibaca masih lagi dalam pembangunan. Ia dijangka akan tersedia untuk penguji beta terlebih dahulu sebelum dilancarkan kepada semua pengguna.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • Meta Perkenal Alat Pengesanan Penipuan Di Facebook, WhatsApp, Messenger
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Pembatalan Hingar Untuk Panggilan Suara, Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY