Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp channels malaysia

WhatsApp Channel? Ini Maklumat Yang Anda Harus Tahu Tentangnya

Diterbitkan Jun 8, 2023 · Dikemas kini Jun 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

WhatsApp Channel atau Saluran ialah ciri yang baru saja diumum tadi. Kami cuba kemas kini aplikasi namun ia belum tersedia, setakat ini.

whatsapp channels malaysia

Seperti di Channel di Telegram juga, admin boleh menghantar teks, buat undian, gambar, video, sticker dan ahli di dalamnya tidak boleh membalas pada mesej dihantar.

WhatsApp kelak akan hadir dengan tab baru di bawah dengan nama Updates atau Kemas Kini. Dalamnya akan terdapat status daripada pengguna lain-lain dan juga Saluran.

WhatsApp Channel? Ini Maklumat Yang Anda Harus Tahu Tentangnya

Anda sebagai pengguna juga boleh mencari sendiri saluran-saluran tersedia terus daripada WhatsApp tanpa perlu anda ada pautan. Misalnya, kelab bola sepak Selangor FC.

Untuk privasi, kesemua pentadbir (admin) dan ahli dalamnya tidak akan tahu nombor telefon dan gambar profil masing-masing.

Menariknya, server WhatsApp hanya akan simpan sejarah perbualan dalam saluran setakat 30 hari saja. Bahkan, pentadbir juga boleh tetapkan untuk sekat tangkap layar (screenshot) dan forward keluar daripada saluran.

Tetapi, ia tidak disulitkan secara end-to-end secara lalai (default). Kata WhatsApp, ini supaya saluran dapat mencapai khalayak yang lebih besar. Pilihan end-to-end encryption mungkin tersedia pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri "Chat Lock"
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • WhatsApp Kelak Mungkin Bolehkan Pengguna Berhubung Tanpa Tahu Nombor Telefon
  • WhatsApp Bolehkan Anda Guna Pada iPhone Dan Android Pada Masa Sama

Ini bermakna kandungan dikongsi dalam saluran eksklusif dalamnya dan tidak boleh disebar ke luar.

Selain itu, pentadbir juga boleh pilih siapa yang boleh ikuti saluran mereka dan apakah ia boleh dicari khalayak.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY