Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp companion mode ios

WhatsApp Bolehkan Anda Guna Pada iPhone Dan Android Pada Masa Sama

Diterbitkan Mei 31, 2023 ยท Dikemas kini Mei 31, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

WhatsApp Companion membolehkan 5 peranti berbeza menggunakan 1 akaun WhatsApp dalam satu waktu. Namun, ia belum tersedia di iOS sebelum ini.

Hari ini, App Store telah melepaskan versi terbaru yang mengumumkan bahawa WhatsApp Companion kini tiba untuk iOS.

whatsapp ios companion

Menerusi ciri ini, anda yang menggunakan peranti Android boleh gunakan akaun WhatsApp yang sama pada iPhone pula dengan chat yang diselaraskan (synchronised) setiap masa.

Untuk menggunakannya, kemas kini WhatsApp ke versi terkini dan tekan “Link this device” pada iPhone anda.

WhatsApp Bolehkan Anda Guna Pada iPhone Dan Android Pada Masa Sama

Ini akan pastikan ia akan ambil data yang diselaras daripada peranti utama, misalnya telefon Android anda.

Jika anda belum terimanya walau sudah gunakan versi terbaru, anda terpaksa tunggu lagi kerana sedang dilepaskan secara berperingkat pada pengguna seluruh dunia.

Berkaitan

  • Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri "Chat Lock"
  • Akhirnya, Pengguna Kini Boleh 'Edit' Mesej Di WhatsApp
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • WhatsApp Kelak Mungkin Bolehkan Pengguna Berhubung Tanpa Tahu Nombor Telefon
  • WhatsApp Uji Ciri Perkongsian Skrin

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
  • Starlink Perkenal Mini 2 - Dilengkapi Bateri Boleh Tukar, Pengecasan USB-C, Wi-Fi 6
  • 3 Kabel IEM USB-C Bawah RM100
  • Kelemahan iOS "worse_query" Boleh Dedahkan Data Aplikasi Lain, Apple Belum Sahkan Pembaikan
  • (Ulasan) CMF Speaker M โ€” Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
©2026 WISER.MY