Mahu Jana Lebih Untung, Glazers Mahu Pemain Man Utd Pakai Kamera Badan

Kelab gergasi dari England, Manchester United (Man Utd) merupakan salah satu kelab yang banyak menjana pendapat di dunia.

Manchester United dimiliki penuh oleh keluarga Glazers sejak tahun 2005 yang mana Joel dan Avram Glazer berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif bersama.

Namun, sejak pengambilalihan itu, rata-rata peminat Manchester United mengkritik Glazers dengan menganggap kelab mereka diabaikan Glazers.

Malah, Glazer sering dikaitkan untuk mengaut keuntungan sahaja menerusi Manchester United dan bukannya mahu menambahbaik kelab tersebut.

Bagaimanapun, mungkin selepas ini Glazer mahu jana pendapat lebih banyak lagi dengan Manchester United.

Pada April lalu ESPN melaporkan bahawa salah satu sebab utama di sebalik Joel dan Avram Glazer berminat untuk kekal di kelab itu adalah keyakinan mereka terhadap potensi besar Man Utd untuk menjana 'pertumbuhan organik' selama bertahun-tahun akan datang.

Kapsyen: kamera badan dari Youri Tielemans


Laporan berasingan dari ESPN mendakwa bahawa salah satu idea yang telah dibincangkan sebelum ini oleh pemilik adalah berkaitan dengan memanfaatkan teknologi Realiti Terimbuh (AR).

Sumber lain mengatakan Glazers mahukan pemain Manchester United dilengkapi kamera badan dan ia boleh ditonton oleh peminatnya.

Macam mana ia menjana pendapat menerusi kamera badan?

Glazers percaya apabila peminat diminta untuk dikenakan caj tambahan sekiranya mereka mahu rasa pengalaman semasa permainan menerusi lensa pemain Man Utd, pasti Glazer dapat jana pendapatan yang amat besar.

Kapsyen: Foto: The guardian


Bayangkan kamera badan itu dipakai Bruno Fernandes atau Marcus Rashford, mesti akan ada peminat sanggup membayar lebih untuk dapatkan pengalaman AR dari pemain kesayangan mereka.

Teknologi ini sebenarnya sudah ada dan tinggal untuk digunakan sahaja.

Tambahan lagi, Ed Woodward juga dilaporkan bersetuju dengan idea tersebut dan memang ada potensi besar dalam menjana pendapatan melalui kamera badan untuk pengalaman AR.

Glazers juga memiliki francais NFL Tampa Bay Buccaneers, dengan liga sudah bekerjasama dengan jenama lain untuk menyampaikan konsep AR.

Malah, pada tahun 2016, Buccaneers menjadi francais NFL pertama yang menggunakan AR - dengan teknologi membentuk sebahagian daripada dua permainan interaktif di stadium.

Walau bagaimanapun, Manchester United mungkin tidak dapat menggunakannya kerana penggunaan kamera badan dalam perlawanan kompetitif tidak dibenarkan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).

{suggest}

Sumber: sportskeeda