Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Diberi Amaran, Buka WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing

Meta Diberi Amaran, Buka WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing

Diterbitkan Februari 10, 2026 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Eropah pada Isnin memberi amaran kepada Meta bahawa syarikat itu mesti membenarkan chatbot kecerdasan buatan (AI) pesaing menggunakan platform WhatsApp, selepas satu siasatan antimonopoli mendapati gergasi teknologi Amerika Syarikat itu melanggar peraturan persaingan Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Suruhanjaya, perubahan terbaharu dalam terma Meta telah “secara berkesan” menghalang pembantu AI pihak ketiga daripada berhubung dengan pelanggan melalui WhatsApp sejak Januari lalu.

Pesuruhjaya Persaingan EU, Teresa Ribera, berkata EU sedang “mempertimbangkan” langkah sementara bagi “mengelakkan dasar baharu Meta daripada menjejaskan persaingan di Eropah secara tidak boleh dipulihkan”.

EU turut menghantar amaran rasmi dikenali sebagai statement of objections, satu langkah formal dalam siasatan antitrust, yang memberi peluang kepada Meta untuk memberi maklum balas dan mempertahankan pendiriannya.

Jika langkah sementara dilaksanakan, Meta mungkin diwajibkan mengekalkan akses pembantu AI pihak ketiga kepada WhatsApp seperti sebelum perubahan dasar, sehingga siasatan selesai.

Meta menolak dapatan awal itu dan menyatakan tiada keperluan untuk campur tangan EU.

Syarikat itu berhujah pengguna mempunyai banyak pilihan AI lain melalui aplikasi, peranti dan laman web.

Meta sebelum ini telah mengintegrasikan pembantu generatifnya sendiri, Meta AI, ke dalam WhatsApp, Facebook dan Instagram.

Pengawal selia EU bimbang langkah ini boleh memberi kelebihan komersial tidak adil kepada Meta, terutamanya dengan lebih tiga bilion pengguna WhatsApp.

Siasatan meliputi Kawasan Ekonomi Eropah dan tiada tarikh akhir undang-undang ditetapkan.

– AFP.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Apple Dilapor Bakal Rombak Siri, Jadikan 'Chatbot' Terbina Dalam iOS 27
  • Chatbot AI Didapati Beri Nasihat Kesihatan Tidak Tepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY