WhatsApp Menambah Pilihan Tetapan Baharu Untuk Ruang Privasi Anda

WhatsApp mengumumkan penambahan tetapan pilihan baharu untuk privasi anda.

Pilihan tetapan baharu itu adalah anda kini boleh menetapkan siapa yang boleh melihat gambar profail, tentang anda dan status kali terakhir dilihat.

Ia diumumkan WhatsApp melalui laman Twitter mereka baru-baru ini.



Pilihan tetapan baharu ini ditambah dalam bahagian Privasi WhatsApp.

Kapsyen: Settings > Account > Privacy.


Sebagai makluman kepada anda, tetapan ini juga akan turut memberi kesan kepada anda untuk melihat gambar profail, tentang dan status kali terakhir dilihat orang lain.

Sebagai contoh, jika anda menutup status kali terakhir dilihat, anda juga tidak boleh melihat status kali terakhir orang hubungan anda.

Sumber: WhatsApp

Baca juga:

Berkaitan