Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp ios

Kemas Kini Terbaru WhatsApp Di iOS Selesaikan Isu Besar Ini

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas kemas kini WhatsApp minggu lalu, sesetengah pengguna iOS melaporkan isu tetapan ‘media auto-download’. Mereka mengadu apa-apa tetapan dikenakan akan kembali ke asal semula.

Misalnya, mereka mematikan ciri muat turun automatik untuk semua jenis media namun apabila membuka semula WhatsApp, kesemua tetapan akan kembali menjadi “Wi-Fi and Cellular” dan “Wi-Fi”.

Ini menyusahkan pengguna dari segi storan dan pengguna. Ia dipercayai bermula pada WhatsApp versi 22.10.76.

WhatsApp rolled out new update version 22.10.78. This fixed media auto download. pic.twitter.com/bZ7XG7jIVb

— Abdul Haseeb Syed (@SyedAbdul02) May 21, 2022

Justeru, WhatsApp telah memberi maklum balas pada pengguna bahawa kemas kini terbaharu iaitu versi 22.10.78, isu tetapan muat turun automatik sudah diselesaikan.

Daripada tinjuan kami, beberapa pengguna tempatan mengakui perkara ini benar.

Update apps WhatsApp tu. Ramai gak hadap masalah ni

— . (@safwans562) May 22, 2022

saya punya baru lepas update dah pulih seperti sedia kala,saya pilih semua off pastu close app kemudian buka balik dia tidak ubah macam sebelum ini

— Suhazrick Omar (@ESTSDEFX) May 21, 2022

Jadi, bagi anda yang mengalami isu, dipersilakan untuk kemas kini ke versi terkini ini di App Store sekarang.

Jika isu ini masih berterusan, mungkin versi yang buat turun bukan 22.10.78 atau juga sememangnya WhatsApp belum menyelesaikannya untuk semua pengguna.

Baca juga:

  • WhatsApp Sudah Bangunkan Ciri Keluar ‘Group’ Tanpa Pengetahuan Ahli Lain
  • Ini Cara Sembunyikan Status “typing…” Ketika Menaip Mesej Di WhatsApp
  • Lancar BuIan Depan, Ini Senarai Peranti Yang Dijangka Terima iOS 16 Dan iPadOS 16

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY