Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Will Cathcart turut menyatakan syarikat tersebut tiada perancangan untuk nyahaktifkan encryption kerana ia akan menjadikan pengguna kurang selamat. Dengan encryption, ia bertindak seperti kunci digital yang sukar dipecahkan.
Ia bertujuan untuk memastikan maklumat yang di hantar melalui WhatsApp lebih selamat dan membantu melindungi pengguna daripada penggodam dan penjenayah. Walau bagaimanapun, WhatsApp akan menyediakan metadata apabila ia berguna untuk siasatan forensik jika berlaku jenayah.
Pada masa akan datang, seperti yang diumumkan Mark Zuckerberg tahun lalu, syarikat tersebut juga sedang berusaha untuk menjadikan perkhidmatan ini dapat berhubung secara cross-platform tanpa perlu keluar dari aplikasi sedia ada.
Namun, integrasi ini mungkin mempunyai had di mana terdapat beberapa ciri tertentu pada perkhidmatan pemesejan seperti Messenger yang tidak dapat diterjemah ke dalam WhatsApp.
Sumber: The Verge melalui Blog WhatsApp
Berkaitan
- WhatsApp Uji Ciri Pelekat Dengan Janaan AI
- Facebook Masih Mempunyai Rancangan Untuk Meletakkan Iklan Pada Aplikasi WhatsApp
- Pengguna WhatsApp Kini Boleh 'Forward' Media Dengan Kapsyen Asal
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'Mute' Grup Secara Automatik
- WhatsApp Perkenal Ciri Pindahkan 'Chat' Tanpa Google Drive Kepada Pengguna Beta
- Didakwa Akses Mikrofon Secara Latar, WhatsApp Kata Itu Pepijat Pada Android
- Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Akses Multi-Akaun Dalam Satu Aplikasi
- Ini Cara Untuk Membuat Panggilan Suara Dan Video Di WhatsApp Desktop
- WhatsApp Tambah Pintasan Format Teks Baharu, Ini Caranya
- WhatsApp Web Mungkin Hadir Dengan Ciri Keselamatan Melalui Imbasan Cap Jari