Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp featured

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri ‘Mute’ Grup Secara Automatik

Diterbitkan November 10, 2022 · Dikemas kini November 10, 2022 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, WhatsApp telah memperkenalkan penambahan had baharu iaitu seramai 1,024 ahli dalam grup di aplikasi itu. Sudah tentu, ia merupakan bilangan ahli yang ramai untuk sesebuah grup.

Berikutan itu, WhatsApp kini dilapor sedang membangunkan ciri yang membolehkan ‘mute’ atau membisukan grup secara automatik.

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri ‘Mute’ Grup Secara Automatik

Seperti yang tertera dalam imej di atas, satu paparan akan muncul dengan pemberitahuan bahawa kumpulan yang mempunyai lebih daripada 256 ahli telah ‘dibisukan’ secara automatik bagi membantu mengurangkan notifikasi.

Bagaimanapun, pengguna juga boleh memilih untuk ‘unmute’ grup tersebut dan menerima notifikasi seperti biasa.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status 'Online', Ini Caranya
  • WhatsApp Mula Tawar Ciri Sekatan Tangkap Layar 'View Once'
  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Menarik Ini Tidak Lama Lagi
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh 'Forward' Gambar Bersama Kapsyen Asal

Menurut WABetaInfo, keupayaan untuk membisukan grup WhatsApp secara automatik itu telah pun dilepaskan kepada sebilangan pengguna dengan versi terkini WhatsApp beta untuk peranti Android. Dijangka, ciri ini juga akan ditawarkan kepada lebih banyak pengguna tidak lama lagi.

Gambar utama: reuters

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY