Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Perkenal Ciri Pindahkan ‘Chat’ Tanpa Google Drive Kepada Pengguna Beta

WhatsApp Perkenal Ciri Pindahkan ‘Chat’ Tanpa Google Drive Kepada Pengguna Beta

Diterbitkan April 28, 2023 · Dikemas kini Mei 3, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Januari lalu, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri pemindahan data ke peranti Android baharu tanpa perlu melakukan sandaran (back up) ke Google Drive. Terbaharu, ciri itu telah mula diperkenal kepada sebilangan pengguna WhatsApp Beta bagi versi 2.23.9.19.

Berkaitan

  • WhatsApp Sedang Cuba Pemindahan 'Chat' Tanpa Google Drive, Lebih Senang Tukar Telefon Lepas Ini
  • Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon
  • Bakal Hadir Di WhatsApp, Ini Rupa Ciri "Lock" Perbualan Tertentu

Menerusi pilihan ini, pengguna tidak lagi perlu melakukan sandaran sejarah perbualan ke Google Drive, sekiranya ingin memindahkan akaun ke peranti Android baharu.

WhatsApp Perkenal Ciri Pindahkan ‘Chat’ Tanpa Google Drive Kepada Pengguna Beta

Seperti yang dikongsi dalam tangkap layar, pilihan pemindahan perbualan tersedia menerusi WhatsApp Settings > Chats. Selepas memilih tetapan itu, pengguna perlu mengimbas kod QR yang disediakan untuk memulakan proses memindahkan semua perbualan ke peranti Android baharu.

Dengan hanya mengimbas kod QR, pengguna boleh memindahkan data perbualan di WhatsApp lebih cepat dan mudah, tanpa perlu melakukan kemas kini sandaran secara manual di Google Drive dan pemulihan (restore), yang boleh menjadikan prosesnya memakan masa, terutama jika data berkenaan adalah besar.

Bagaimanapun, sandaran awan melalui Google Drive masih diperlukan dalam keadaan tertentu, terutamanya jika sesuatu berlaku pada peranti yang digunakan.

Buat masa ini, ciri pindahkan perbualan hanya tersedia untuk sebilangan penguji beta pada peranti Android. Ianya dijangka akan dilepaskan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
  • Presiden Microsoft Gesa Peraturan Global AI - Dakwa Mesin Basuh Tertakluk Kepada Lebih Banyak Peraturan Keselamatan
  • Aplikasi Pintar Dipacu AI Ini Mudahkan Petani Kenal Pasti Penyakit Tanaman, Serangan Perosak
  • Meta Perkenal Muse Wonder Dan Muse Wonder Full - Model AI Baharu Untuk Saingi Anthropic, OpenAI
  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
©2026 WISER.MY