Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp sticker AI_

WhatsApp Uji Ciri Pelekat Dengan Janaan AI

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp berterusan menambah baik aplikasi pemesejan itu dengan memperkenal sejumlah ciri baharu. Dalam kemas kini WhatsApp beta untuk Android versi 2.23.17.8, WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri pelekat dengan janaan AI.

Berkaitan

  • Ini Antara Ciri Baharu Yang Sudah Tersedia Di WhatsApp
  • WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu 'Save' Nombor
  • Pengguna Terpilih WhatsApp Kini Boleh Akses Multi-Akaun Dalam Satu Aplikasi

Menerusi perkongsian WABetaInfo, ia memperlihat tangkap layar dengan butang “Create” apabila membuka bahagian tab pelekat. Pengguna boleh memasukkan penerangan untuk menjana pelekat.

Seterusnya, WhatsApp akan menghasilkan sejumlah pelekat AI berdasarkan prompt yang dimasukkan.

WhatsApp Uji Ciri Pelekat Dengan Janaan AI

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna menghasilkan pelekat lebih terperinci, terutamanya bagi menyesuaikan dengan perbualan, minat dan sebagainya.

Perlu diketahui, pelekat Al ini dijana menggunakan teknologi oleh Meta, yang mana sekiranya pelekat yang dihasilkan tidak sesuai atau berbahaya, ianya boleh dilaporkan kepada pihak Meta.

Buat masa ini, ciri menghasilkan pelekat dengan janaan AI hanya tersedia untuk sebilangan penguji beta dan dijangka akan tersedia kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: WABetaInfo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY