Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp bug microphone

Didakwa Akses Mikrofon Secara Latar, WhatsApp Kata Itu Pepijat Pada Android

Diterbitkan Mei 10, 2023 · Dikemas kini Mei 10, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, beberapa pengguna WhatsApp di Android menyatakan aplikasi itu menggunakan mikrofon tanpa kebenaran, walaupun aplikasi tidak digunakan secara aktif. Ianya boleh dilihat dan diketahui melalui penunjuk “green dot” yang muncul apabila mikrofon atau kamera sedang digunakan.

Selain green dot, sejarah penggunaan mikrofon ini juga boleh dilihat di Papan Pemuka Privasi (Privacy Dashboard) Android pada versi OS yang lebih terkini.

Berkaitan

  • Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon
  • Pengguna iPhone Kelak Boleh Pindahkan 'Chat' WhatsApp Tanpa iCloud
  • Truecaller Bakal Perluas Ciri Tapisan Panggilan Spam Ke Aplikasi WhatsApp

Menyedari perkara itu, Foad Dabiri yang merupakan jurutera di Twitter, telah memuat naik tangkap layar penggunaan mikrofon tersebut di Twitter. Perkara itu turut menarik perhatian Elon Musk yang mendakwa WhatsApp tidak boleh dipercayai.

WhatsApp cannot be trusted https://t.co/3gdNxZOLLy

— Elon Musk (@elonmusk) May 9, 2023

Lanjutan itu, WhatsApp telah memberikan maklum balas mengenainya. Menurut WhatsApp, ianya merupakan pepijat pada Android yang memaparkan maklumat salah dalam Papan Pemuka Privasi.

Jelas WhatsApp, pengguna mempunyai kawalan penuh ke atas tetapan mikrofon pada peranti masing-masing.

Setelah diberi kebenaran, WhatsApp hanya mengakses mikrofon apabila pengguna membuat panggilan atau merakam voice note atau video. Walaupun begitu, komunikasi tersebut tetap dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung.

Users have full control over their mic settings

Once granted permission, WhatsApp only accesses the mic when a user is making a call or recording a voice note or video – and even then, these communications are protected by end-to-end encryption so WhatsApp cannot hear them

— WhatsApp (@WhatsApp) May 9, 2023

 

Sebagai tindakan selanjutnya, WhatsApp meminta Google untuk menyiasat dan membetulkan pepijat itu.

Dalam pada itu, laporan WABetaInfo turut menyebut perkara sedemikian pernah terjadi selepas pengguna melakukan tampalan perisian tertentu.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
  • Presiden Microsoft Gesa Peraturan Global AI - Dakwa Mesin Basuh Tertakluk Kepada Lebih Banyak Peraturan Keselamatan
  • Aplikasi Pintar Dipacu AI Ini Mudahkan Petani Kenal Pasti Penyakit Tanaman, Serangan Perosak
  • Meta Perkenal Muse Wonder Dan Muse Wonder Full - Model AI Baharu Untuk Saingi Anthropic, OpenAI
©2026 WISER.MY