Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Tambah Pintasan Format Teks Baharu, Ini Caranya

WhatsApp Tambah Pintasan Format Teks Baharu, Ini Caranya

Diterbitkan Februari 22, 2024 · Dikemas kini Februari 22, 2024 oleh Amalina Athman

CEO Meta Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan shortcut atau pintasan format teks baharu di aplikasi WhatsApp.

Berkaitan

  • Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS
  • Pengguna Malaysia Dah Boleh Guna 2 Akaun WhatsApp Dalam Peranti Sama, Ini Caranya
  • WhatsApp Kelak Akan Sekat Tangkap Layar Gambar Profil

Terdapat empat pilihan pemformatan teks baharu telah ditambahkan pada WhatsApp bagi membantu pengguna berkomunikasi dengan lebih baik.

Tersedia mulai hari ini, pengguna WhatsApp boleh menggunakan senarai bullet atau nombor, blok quote atau petikan, serta kod dalam baris untuk menjadikan susunan mesej lebih teratur serta mudah untuk dibaca.

Cara guna format teks baharu di WhatsApp

Rujuk imej di bawah bagi mengetahui pintasan atau cara untuk menghasilkan senarai bullet, nombor, quote serta kod dalam baris.

WhatsApp Image 2024-02-21 at 23.46.37

Atau sebaliknya, salin sahaja simbol di bawah ini:

  • Senarai bullet: Taip “– Mesej“
  • Senarai nombor: Taip 1 atau 2 digit, diikuti titik dan jarak. Contohnya 10. Mesej.
  • Blok petikan: Taip “> Mesej“
  • Kod dalam baris: Tambah “`” sebelum dan selepas perkataan yang diinginkan. Contohnya `Mesej`.

WhatsApp new format text

Ciri ini telah pun tersedia untuk semua pengguna WhatsApp versi Android, iOS, web, desktop dan Mac.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY