Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Secara Global

WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Secara Global

Diterbitkan Februari 13, 2020 oleh Amalina Athman

WhatsApp hari ini mengumumkan perkhidmatan pemesejan tersebut mempunyai lebih 2 bilion pengguna aktif secara global, berbanding tahun 2016 sebanyak 1 bilion dan 1.5 bilion pada 2018.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Will Cathcart turut menyatakan syarikat tersebut tiada perancangan untuk nyahaktifkan encryption kerana ia akan menjadikan pengguna kurang selamat. Dengan encryption, ia bertindak seperti kunci digital yang sukar dipecahkan.

WhatsApp

Ia bertujuan untuk memastikan maklumat yang di hantar melalui WhatsApp lebih selamat dan membantu melindungi pengguna daripada penggodam dan penjenayah. Walau bagaimanapun, WhatsApp akan menyediakan metadata apabila ia berguna untuk siasatan forensik jika berlaku jenayah.

Pada masa akan datang, seperti yang diumumkan Mark Zuckerberg tahun lalu, syarikat tersebut juga sedang berusaha untuk menjadikan perkhidmatan ini dapat berhubung secara cross-platform tanpa perlu keluar dari aplikasi sedia ada.

Namun, integrasi ini mungkin mempunyai had di mana terdapat beberapa ciri tertentu pada perkhidmatan pemesejan seperti Messenger yang tidak dapat diterjemah ke dalam WhatsApp.

Sumber: The Verge melalui Blog WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY