Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp group silent

WhatsApp Kini Bolehkan Ahli ‘Group’ Keluar Secara Senyap

Diterbitkan Oktober 8, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa bulan lepas, Mark Zuckerberg telah mengumumkan pelbagai ciri baharu yang akan diperkenalkan pada aplikasi WhatsApp tidak lama lagi. Antaranya termasuk keluar dari grup WhatsApp secara senyap.

Berkaitan

  • Panggilan WhatsApp Boleh Disertai Melalui Pautan
  • Status WhatsApp Didapati Tersedia Di 'Chats', Tak Perlu Ke Ruang Status
  • 'Admin' Lebih Berkuasa, Kini Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp
  • Ciri 'View Once' Untuk WhatsApp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini

Terbaharu, WhatsApp mengumumkan ciri tersebut telah pun tersedia melalui versi terkini aplikasi itu. Melaluinya, sesiapa sahaja boleh meninggalkan kumpulan WhatsApp tanpa pengetahuan ahli yang lain.

Ini bermakna, hanya admin atau pentadbir kumpulan sahaja yang akan dimaklumkan apabila seseorang meninggalkan kumpulan WhatsApp tersebut.

Your groups, your choice. pic.twitter.com/V9sNVrOha0

— WhatsApp (@WhatsApp) October 7, 2022

Sebelum ini, nama ahli yang meninggalkan kumpulan akan dimaklumkan dalam ruang sembang, yang bermakna ahli lain juga akan tahu mengenainya. Adakalanya, ia mungkin membuatkan kita merasa kurang selesa, terutamanya bagi kumpulan tertentu.

Dengan ciri baharu ini, ia memberikan lebih privasi kepada pengguna untuk meninggalkan kumpulan WhatsApp tanpa pengetahuan ahli yang lain.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY