Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Bangunkan Ciri ‘Permintaan Mesej’ Seperti Di Instagram

Diterbitkan November 10, 2025 · Dikemas kini November 10, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali melalui folder “permintaan mesej”.

Menurut laporan WABetaInfo, tetapan privasi “Who can message me” menawarkan dua pilihan utama kepada pengguna.

WhatsApp Bangunkan Ciri ‘Permintaan Mesej’ Seperti Di Instagram

Pilihan pertama, “Everyone”, merupakan tetapan default untuk semua akaun. Apabila dipilih, sebarang mesej baharu daripada nombor tidak dikenali akan terus dipaparkan dalam senarai sembang. Ini membolehkan pengguna menerima dan membaca mesej daripada sesiapa sahaja tanpa sekatan.

Sementara itu, pilihan “My Contacts” memberikan kawalan lebih tinggi kepada pengguna. Apabila diaktifkan, mesej baharu daripada nombor yang tiada dalam senarai kenalan tidak akan muncul di tab “Sembang”. Sebaliknya, mesej tersebut akan dipindahkan secara automatik ke folder “Permintaan”.

Folder permintaan mesej ini berfungsi sama seperti ciri “Requests” di Instagram. Mesej daripada nombor tidak dikenali akan dipaparkan di folder ini, dan pengguna boleh memilih untuk membalas, memadam perbualan, melaporkan, atau menyekat penghantar.

Buat masa ini, ciri tersebut masih lagi dalam pembangunan aktif dan dijangka akan diperkenalkan dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Hadkan Mesej Tanpa Respons
  • WhatsApp Akhirnya Hadir Untuk Apple Watch
  • WhatsApp Akan Perkenal Ciri 'Username' Pada 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY