Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Bangunkan Ciri Label Kandungan AI Untuk Saluran

Diterbitkan Ogos 6, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini dilapor sedang membangunkan label baharu bagi menandakan kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Menurut WABetaInfo, pentadbir Saluran kelak boleh menambah label pada kemas kini yang mengandungi media dijana AI selepas ia dimuat naik. Caranya hampir sama seperti label Paid Partnership, yang membolehkan pentadbir menekan dan menahan mesej sebelum memilih pilihan “Add AI content label”.

WhatsApp Bangunkan Ciri Label Kandungan AI Untuk Saluran

Selepas ditambah, label tersebut akan dipaparkan pada mesej bagi memaklumkan kepada pengikut bahawa media berkenaan dihasilkan menggunakan AI. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, label itu juga dipercayai tidak boleh dibuang selepas ia ditambah.

Label ini tidak hanya terhad kepada kandungan yang dihasilkan menggunakan Meta AI. Sebaliknya, ia turut meliputi media yang dijana menggunakan perkhidmatan AI lain seperti ChatGPT, Gemini dan sebagainya.

Namun begitu, penggunaannya dipercayai hanya tertumpu kepada fail media seperti imej atau kandungan visual, dan bukan semua kandungan yang melibatkan AI. Sebagai contoh, mesej teks yang ditulis dengan bantuan AI, termasuk menerusi ciri Writing Help di WhatsApp, berkemungkinan dikecualikan.

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam pembangunan dan belum tersedia kepada pengguna. WhatsApp juga belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya untuk pengguna Android dan iOS.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Akhirnya, WhatsApp Mula Aktifkan Ciri 'Username' Untuk Pengguna Di Malaysia
  • WhatsApp Tambah Ciri Baharu Untuk Sembang Kumpulan - Naik Taraf Tinjauan, 'Mention' @Semua
  • Meta Lancar Aplikasi Pengaturcaraan AI Baharu 'Muse Code'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY