Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp unknown caller

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tetapkan ‘Username’ Dengan Sokongan PIN

Diterbitkan Ogos 20, 2024 · Dikemas kini Ogos 20, 2024 oleh Amalina Athman

Pada Mei tahun lalu, WhatsApp dilapor sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna memilih username atau nama pengguna. Walaupun belum lagi dilancarkan kepada umum, WhatsApp nampaknya kini menambah baik ciri itu dengan sokongan PIN.

Seperti ditunjukkan dalam tangkap layar di bawah, WhatsApp sedang membangunkan sokongan kod PIN untuk nama pengguna. PIN ini akan bertindak sebagai lapisan privasi tambahan, dengan pengguna boleh memilih PIN sekurang-kurangnya empat digit – elakkan letak maklumat peribadi.

Setelah ditetapkan, pengguna perlu berkongsi PIN tersebut dengan individu yang ingin menghubungi mereka melalui nama pengguna buat kali pertama.

WhatsApp Username PIN_1

Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa individu dalam perbualan sedia ada tidak perlu menggunakan PIN. Ini merupakan ciri pilihan yang direka untuk mengehadkan mesej yang tidak diingini, serta bagi memastikan hanya individu tertentu yang boleh menghubungi melalui nama pengguna.

Sebagai tambahan, perlu diketahui bahawa individu yang mempunyai nombor telefon akan terus melihatnya, tetapi pengguna boleh memilih untuk menggunakan nama pengguna untuk memulakan perbualan baharu pada masa akan datang.

Buat masa ini, ciri nama pengguna dan sokongan PIN masih lagi dalam pembangunan. Seperti biasa, ia dijangka akan tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Sedang Uji Ciri 'Username' Untuk Pengguna Web
  • Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Sekat Mesej Daripada Akaun Tak Dikenali

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY