Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp manage contact_

WhatsApp Perkenal Cara Lebih Mudah Urus Dan Tambah Kenalan

Diterbitkan Oktober 23, 2024 · Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memperkenalkan cara lebih mudah untuk menambah dan mengurus kenalan daripada mana-mana peranti yang digunakan. 

Ketika ini, satu-satunya cara untuk menambah kenalan adalah daripada peranti mudah alih utama, sama ada menaip nombor telefon atau mengimbas kod QR.

Tidak lama lagi, pengguna boleh menambah dan mengurus kenalan di WhatsApp Web dan Windows, serta mana-mana peranti terpaut yang lain.

whatsapp manage contact_2

Selain itu, pengguna juga akan mempunyai pilihan baharu untuk menyimpan kenalan secara terus di WhatsApp – berasingan daripada kenalan yang disimpan di telefon. Kenalan yang disimpan secara terus di WhatsApp akan dipulihkan sekiranya pengguna kehilangan telefon atau menukar peranti.

Pilihan ini juga membolehkan pengguna mengasingkan kenalan peribadi dan perniagaan apabila mengurus lebih daripada satu akaun WhatsApp pada telefon.

Dalam pada itu, WhatsApp turut mengumumkan pengguna kelak boleh mengurus dan menyimpan kenalan mengikut username atau nama pengguna. Nama pengguna di platform pemesejan ini akan meningkatkan tahap privasi supaya tidak perlu berkongsi nombor telefon semasa menghantar mesej kepada seseorang.

Berkaitan

  • WhatsApp Mudahkan Pengguna Hantar Mesej Tanpa Perlu 'Save' Nombor
  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Status WhatsApp Kini Hadir Dengan Ciri 'Mention' Dan Tanda Suka

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY