Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Western Digital Lancarkan Storan HDD Kapasiti Terbesar Pertama Di Dunia

Western Digital Lancarkan Storan HDD Kapasiti Terbesar Pertama Di Dunia

Diterbitkan Oktober 25, 2024 · Dikemas kini Oktober 25, 2024 oleh ariff bukhari

Western Digital (WD) melancarkan barisan pemacu cakera keras (HDD) baru dengan kapasiti penyimpanan yang lebih besar sehingga 32TB.

Menerusi Ultrastar DC HC690 UltraSMR HDD 32TB, Western Digital menerajui penyimpanan data besar dengan teknologi shingled magnetic recording (SMR).

Sekali gus menjadi HDD pertama WD dengan kapasiti 30TB. HDD ini menawarkan prestasi hingga 257 MiB/s dan penggunaan kuasa rendah 5.5W.

Western Digital Lancarkan Storan HDD Kapasiti Terbesar Pertama Di Dunia

Selain itu, WD turut memperkenalkan dua lagi HDD baharu yang berkapasiti 26TB dengan teknologi conventional magnetic recording (CMR), iaitu Ultrastar DC HC590 dan WD Gold SATA.

Western Digital Lancarkan Storan HDD Kapasiti Terbesar Pertama Di Dunia
Western Digital Lancarkan Storan HDD Kapasiti Terbesar Pertama Di Dunia

Harga jualan bagi storan HDD terbaru WD ini tidak dinyatakan. Tetapi bagi model WD Gold Enterprise Class SATA HDD – 26TB, ia berharga USD714.99 (~RM 3,099).

Dalam industri berkaitan, pesaing WD, Seagate merancang dengan menggunakan teknologi HAMR untuk mencapai storan dengan kapasiti 100TB di masa depan.

Beli barisan storan dari pelbagai jenama di:

  • Shopee – https://invl.io/cllu3xm
  • Lazada – https://invol.co/cllu3xj

Berkaitan

  • Permintaan 'Hard Drive' Menurun 15%, Ramai Cari SSD Berbanding HDD
  • Mana Lebih Baik Antara SSD Dan HDD? Ini Perbandingan Ringkas Untuk Anda
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari

Sumber: Western Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY