Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SSD HDD

Mana Lebih Baik Antara SSD Dan HDD? Ini Perbandingan Ringkas Untuk Anda

Diterbitkan Januari 6, 2023 ยท Dikemas kini Januari 6, 2023 oleh Firdaus

SSD (Solid State Drive) dan HDD (Hard Disk Drive) adalah 2 jenis storan konvensional yang paling banyak digunakan untuk membina sesebuah PC.

Dan saya yakin mesti ada dikalangan pembaca yang masih tidak tahu nak pilih yang mana antara 2 jenis storan ini mengikut perbezaan, fungsi, dan kegunaannya yang sesuai.

Storage SSD HDD
HDD
Samsung Bakal Memotong Intel Sebagai Pembuat Cip Terbesar Di Dunia
SSD

Jangan risau kerana artikel ini akan menjelaskan secara ringkas dan mudah kepada pembaca berkenaan kedua-kedua storan ini.

Kelajuan

Secara ringkasnya, storan SSD menawarkan kemampuan baca dan tulis yang lebih pantas berbanding HDD. Sistem PC yang menggunakan SSD akan lebih pantas, cepat dan cekap dalam pengalaman kita menggunakannya.

Comparing speed differences between an HDD and an SSD
HDD (kiri) SSD (kanan) Sumber: Avast

Secara purata, SSD yang paling perlahan sekalipun menawarkan kelajuan baca dan tulis 10 kali ganda lebih pantas berbanding kemampuan baca dan tulis pada storan HDD terpantas.

Jangka Hajat

Sebelum ini, kita jelas bahawa HDD mempunyai purata jangka hayat yang lebih panjang berbanding SSD, tetapi itu adalah pada masa yang lalu dan bukan ketika ini.

Pada masa ini, SSD menawarkan storan yang mempunyai jangka hayat jauh lebih lama berbanding HDD. Purata hayat SSD adalah sekitar 5 tahun dan ada sesetengah storan yang premium mampu menjangkau hingga 10 tahun lamanya.

Manakala, HDD pula mempunyai purata jangka hayat 3 ke 5 tahun sahaja.

Berdasarkan kajian bersama Google dan University of Toronto, mereka mendapati kekerapan storan SSD digantikan adalah 25% lebih rendah berbanding HDD

Harga

Jika tentang harga pula, SSD dijual pada harga yang lebih mahal berbanding storan HDD. Mengikut statistik, SSD mempunyai kos ringgit per gigabyte yang jauh lebih mahal berbanding HDD.

1 TB 2.5 inci HDD biasanya akan menelan belanja sekitar RM170 ke RM260. Manakala, storan SSD bersaiz 1 TB pula boleh menelan belanja 2 kali ganda daripada harga tersebut.

Jadi kita boleh menganggarkan HDD mempunyai kos ringgit per gigabyte sekitar 17 ke 26 sen. Dan SSD pula mempunyai kos ringgit per gigabyte lebih kurang 40 sen ke atas.

Binaan Dalaman Dan Ketahanan

Storan SSD tidak menggunakan bahan mekanikal di dalamnya kerana menyimpan data dalam cip flash memory. Oleh itu, SSD lebih tahan lasak dan kalis terhadap kejutan seperti terhempas atau terjatuh.

Mengapa Prestasi SSD Jauh Lebih Laju Dari HDD? Wujudkah HDD Yang Lebih Pantas Dari SSD?

Sementara itu, HDD mempunyai bahagian mekanikal di dalamnya (cakera berputar) yang bertanggungjawab untuk menyimpan data. Oleh itu, HDD ini lebih rapuh jika dibandingkan SSD dan mudah terjejas kandungan data yang disimpan jika terjatuh.

Berkaitan

  • WhatsApp Kata 2022 Ialah Tahun Inovasi Terbesar Mereka, Ini 23 Ciri Baharu Telah Diperkenal
  • Ini Mengapa Telefon Baru Huawei Tak Sokong Rangkaian 5G
  • Cara Menetapkan "Face ID" Bagi Membuka "Hidden Photo" Pada iPhone
  • Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula
  • Kenapa Sensor Kamera Lebih Penting Berbanding Megapixel

Mana Yang Lebih Baik?

Kita sudah jelas perbezaan ringkas yang ditawarkan oleh kedua-dua storan SSD dan HDD ini, dan berikut adalah fungsi dan kegunaan yang terbaik buat setiap jenis storan ini:

Solid State Drive: Storan SSD sesuai digunakan untuk menyimpan dan memasang sistem operasi PC, perisian-perisian yang rumit seperti games dan juga fail yang selalu pembaca gunakan.

Hard Disk Drive: Storan HDD pula adalah pilihan terbaik untuk menyimpan data tambahan seperti gambar, dokumen, filem dan yang seangkatan dengannya.

Sumber: N-Able, ZDNet, Avast

Gambar utama: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY