Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Storage SSD-vs-HDD-images

Permintaan ‘Hard Drive’ Menurun 15%, Ramai Cari SSD Berbanding HDD

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh Firdaus

Memetik laporan storage newsletter, permintaan pemacu keras global mencatatkan penurunan sekitar 15% setakat suku ketiga tahun 2022 ini. Faktor utama yang menyumbang kepada isu ini adalah permintaan pasaran PC dan OEM yang lemah ketika ini.

{suggest}

Berikut merupakan jenama-jenama yang terkesan:

Seagate

Mengapa Prestasi SSD Jauh Lebih Laju Dari HDD? Wujudkah HDD Yang Lebih Pantas Dari SSD?

Seagate adalah jenama yang paling teruk mencatatkan kerugian dengan penurunan sebanyak 14% pada suku ini. Oleh itu, mereka hanya dapat mengeluarkan sekitar 19.88 juta unit HDD sahaja.

Western Digital

Western Digital Menutup Kilang Petaling Jaya Mereka Bermula Hujung Tahun 2019

Secara keseluruhan, WD mengalami penurunan yang sangat ketara dalam produk storan HDD mereka. Setakat ini, kapasiti penghantaran HDD mereka telah jatuh sebanyak 17%, iaitu 16.48 juta unit sahaja.

Toshiba

Nilai unit produk Toshiba telah jatuh sebanyak 17% kepada 8.29 juta. Oleh itu, ia tidak mengejutkan apabila penghantaran pemacu keras mereka juga menurun sekitar 17% kepada 2.09 juta unit sahaja.

Kesimpulannya

Industri storan PC sedang menghadapi penurunan permintaan yang sangat besar dek kerana keseluruhan pasaran industri PC yang lemah. Apa-apa pun, untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan jenis-jenis SSD yang berada di pasaran, anda boleh rujuk artikel INI.

Sumber: Tom’s Hardware

Gambar utama: Computer Lounge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY