Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ai hdd

Western Digital Keluar Dari Pasaran SSD, Fokus Pengeluaran Storan HDD

Diterbitkan Mac 10, 2025 ยท Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh ariff bukhari

Gergasi industri storan, Western Digital (WD) kini secara rasmi memisahkan perniagaan memori flash NAND-nya, sekali gus menamatkan penglibatan langsung dalam penghasilan dan penjualan SSD.

Walaupun Western Digital keluar dari pasaran SSD, pengeluaran SSD masih diteruskan oleh SanDisk, yang sudah pun menguruskan operasi berkaitan memori flash sejak tahun lalu.

Peralihan ini telah dirancang sejak Oktober 2023 untuk memberi masa kepada industri menyesuaikan diri.

“…dengan pemisahan syarikat kami kini selesai, kami sekali lagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan perintis pemacu cakera keras (HDD) kami.”

Pemisahan ini sekali gus membolehkan Western Digital memberi fokus hanya kepada pembangunan dan pengeluaran teknologi cakera keras (HDD).

Perubahan yang paling ketara yang mungkin akan disedari pengguna ialah ketiadaan penjenamaan SSD dari WD pada masa depan.

WD menyatakan bahawa mereka menjangkakan penghantaran HDD berkapasiti exabyte dijangka meningkat ekoran daripda kepesatan perkembangan dan permintaan tinggi pengguna terhadap industri kecerdasan buatan (AI) di seluruh dunia di mana kebanyakan data yang disimpan oleh penyedia perkhidmatan awan, termasuklah data aplikasi awan, media dan data pembelajaran mesin, berjalan pada stoan jenis HDD.

Berkaitan

  • Mana Lebih Baik Antara SSD Dan HDD? Ini Perbandingan Ringkas Untuk Anda
  • Western Digital Lancarkan Storan HDD Kapasiti Terbesar Pertama Di Dunia
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Sumber: TechSpot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY