Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017 – Fahmi Fadzil

Waspada, Ini Cara Yang Biasa ‘Scammer’ Gunakan Untuk Tipu Mangsa

Diterbitkan Oktober 27, 2023 · Dikemas kini Oktober 27, 2023 oleh ariff bukhari

CyberSecurity Malaysia telah berkongsikan cara atau modus operandi yang biasa digunakan oleh penipu atau scammer menerusi panggilan telefon.

Buat panggilan

Scammer akan membuat panggilan dengan menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai kerajaan.

Scammer LHDN

Tuduhan jenayah

Mangsa yang menyambut panggilan itu akan dituduh mempunyai tunggakan pinjaman, terlibat dengan kegiatan jenayah, tindakan saman atau mahkamah serta tidak membayar cukai menyebabkan mangsa akan dikenakan tindakan.

Pindah wang

Kemudian mangsa diarahkan untuk memindahkan wang ke akaun bank yang ditetapkan.

Ugut

Seterusnya, mangsa akan diugut untuk ditangkap jika tidak membuat pembayaran secara telus.

Halang mangsa

Mangsa juga akan dihalang daripada mendapatkan bantuan atau memutuskan panggilan.

Selepas bayaran

Setelah mendapat bayaran, scammer itu akan terus menghilang dan memutuskan komunikasi.

Tabung Haji

Selain itu, dalam sesetengah kes yang pernah dikongsikan sebelum ini, terdapat juga cubaan pihak scammer yang meminta mangsa menyambungkan akaun bank Tabung haji dengan akaun bank yang lain seperti akaun CIMB.

Tindakan

Justeru, jika anda ada menerima panggilan daripada pihak yang tidak dikenali dan cuba mengugut anda seperti di atas, anda perlulah berhati-hati.
Jangan takut untuk lapor atau maklumkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan anda dari menjadi mangsa penipuan.
Anda juga jangan menghubungi nombor yang diterima serta mengikut sebarang arahan yang diberi oleh panggilan tersebut.
Sumber: CyberSecurity Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • BNM Keluar Kenyataan Berhubung Notis FinTIP Yang Tular

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY