Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BNM FinTIP

BNM Keluar Kenyataan Berhubung Notis FinTIP Yang Tular

Diterbitkan Oktober 27, 2023 · Dikemas kini Oktober 27, 2023 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi media sosial.

Berkaitan

  • Hati-Hati Dengan Aplikasi MyBNM Palsu
  • Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober

Menerusi kenyataan itu, BNM memaklumkan pihaknya dan institusi kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber, termasuk aktiviti penggodaman dan sebagainya.

Jelas BNM, notis FinTIP itu merupakan pemberitahuan untuk berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama yang berkaitan.

Seterusnya, ia membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi sistem mereka dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan kewangan.

BNM FinTIP_

Terdahulu, tular satu perkongsian di media sosial mengenai notis FinTIP itu, yang mendakwa penggodam ingin melakukan tindakan balas, serta meminta pengguna untuk tidak membuka laman web atau aplikasi yang mencurigakan. Ia seterusnya menimbulkan kegusaran orang ramai.

Bagaimanapun, untuk sisi lain, sememangnya pengguna diingatkan supaya berhati-hati untuk tidak memasang aplikasi atau menekan pautan mencurigakan. Bukan disebabkan notis ini, tetapi untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian dan sebagainya.

Sumber: BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY