Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wanita Muda Di China Ketagihan Aplikasi Cinta Maya, Boleh Jalin Hubungan 5 Watak Sekali Gus

Wanita Muda Di China Ketagihan Aplikasi Cinta Maya, Boleh Jalin Hubungan 5 Watak Sekali Gus

Diterbitkan Mac 28, 2025 ยท Dikemas kini Mac 28, 2025 oleh ariff bukhari

Aplikasi permainan cinta maya yang baru dilancarkan pada tahun lalu kini menjadi kegilaan jutaan pengguna wanita muda di China.

Permainan mudah alih yang dikenali sebagai “Love and Deepspace” itu bukan telah menawan hati wanita muda di China, malah di luar negara dengan kisah percintaan maya mendalam.

Pemain aplikasi itu boleh menjalin hubungan dengan lima watak lelaki sekali gus dalam dunia futuristik yang menggabungkan aksi memburu raksasa dengan naratif romantis yang realistik.

Sejak dilancarkan pada Januari 2024, permainan ini telah meraih lebih $500 juta di Google Play dan App Store, dengan 40% hasilnya datang dari luar China.

Bagi ramai pemain, mereka berkata hubungan dengan watak-watak maya ini memberikan kepuasan emosi yang sukar diperoleh dalam kehidupan sebenar.

Sebahagian mereka malah menganggap watak kegemaran mereka sebagai pasangan sebenar dan sanggup berbelanja besar untuk memperkayakan pengalaman dalam permainan tersebut.

Sesetengah pemain seperti Wang Yaya, seorang pelajar berusia 23 tahun, telah menghabiskan lebih 70,000 yuan (~RM43,000) untuk permainan dan membeli barangan berkaitan dalam aplikasi itu.

Mereka juga bekerjasama untuk mengadakan sambutan hari jadi untuk watak kegemaran mereka seperti salah satu watak popular yang dikenali sebagai Rafayel, dengan menyewa pusat beli-belah dan mengadakan pertunjukan dron.

Fenomena ini menunjukkan bagaimana permainan maya semakin menjadi pengganti hubungan romantik sebenar bagi sesetengah wanita muda, dengan ramai menganggap percintaan maya lebih memuaskan dan bebas risiko berbanding dunia nyata.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Gerhana Matahari Separa Dijangka Berlaku Pada 29 Mac Ini
  • J&T Express Bukan Lagi Pilihan Standard & Ekonomi Untuk Penghantaran Shopee Di Indonesia

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY