Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured image shopee campaign

J&T Express Bukan Lagi Pilihan Standard & Ekonomi Untuk Penghantaran Shopee Di Indonesia

Diterbitkan Mac 28, 2025 oleh ariff bukhari

Shopee mengumumkan bahawa ia tidak lagi menawarkan perkhidmatan penghantaran standard dan ekonomi dari J&T Express di Indonesia mulai April ini.

Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak melibatkan pasaran lain, dan Shopee telah memaklumkan kepada penjual sejak Mac untuk memastikan kelancaran operasi.

J&T Cargo, yang berfokus pada penghantaran bungkusan bersaiz besar, masih tersedia di platform  itu. J&T Express mengesahkan pelanggan masih boleh menggunakan perkhidmatannya di platform lain.

Selain J&T Express, Shopee masih bekerjasama dengan 10 rakan logistik lain, termasuk Shopee Xpress (SPX), JNE, Pos Indonesia, Anteraja, dan SiCepat.

Menurut laporan Tech in Asia sebelum ini, SPX dan J&T Express adalah servis yang menawarkan kadar penghantaran paling murah di Shopee.

CEO Shopee, Forrest Li, menekankan kecekapan SPX sebagai kelebihan utama dalam penghantaran, dengan liputan luas, penghantaran lebih pantas, dan kos yang lebih rendah.

Indonesia merupakan pasaran kedua terbesar J&T selepas China, dengan penghantaran 4 juta bungkusan sehari.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Shopee Kongsi Tarikh Akhir Pos Barang Untuk Diterima Sebelum Hari Raya 2025
  • Semakin Ramai Pengguna Di Malaysia Tidak Lagi Bayar Dengan Wang Tunai - Kajian

Sumber: Tech in Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY