Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Washington DC Experiences Partial Solar Eclipse

Gerhana Matahari Separa Dijangka Berlaku Pada 29 Mac Ini

Diterbitkan Mac 27, 2025 · Dikemas kini Mac 27, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 14 Mac lepas, dunia akan mengalami satu lagi fenomena gerhana iaitu Gerhana Matahari Separa yang dijangka akan berlaku pada 29 Mac 2025.

Fenomena Gerhana Matahari Separa ini terjadi apabila Bulan melintasi di antara Matahari dan Bumi, tetapi tidak sejajar sepenuhnya, menyebabkan hanya sebahagian daripada Matahari dilitupi oleh Bulan.

Ini menjadikan Matahari kelihatan seperti sabit. Fenomena ini berlaku 1 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 358,123 km.

Gerhana ini akan berlangsung sekitar dari 4:50 PM hingga 8:43 PM dan berlaku di kawasan Barat Laut Afrika, Eropah dan Rusia.

gerhana matahari separa

Malah Gerhana Matahari Separa ini akan berlaku sebanyak 2 kali dalam tahun ini di mana ia seterusnya dijangka akan berlaku sekali lagi pada 22 September 2025 akan datang.

Gerhana itu akan bermula sekitar dari jam 1:29 AM hingga 5:53 AM dan berlaku di selatan Pasifik, New Zealand dan benua Antartika.

Walau bagaimanapun, sepertimana fenomena Gerhana Bulan Penuh yang lepas, fenomena Gerhana Matahari Separa ini tidak akan dapat disaksikan penduduk di Malaysia.

Sebaliknya, kita dijangka hanya akan dapat mengalami fenomena ini pada 2 Ogos 2027 dan 22 Julai 2028 nanti.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Fenomena Gerhana Bulan Penuh "Blood Moon" Akan Berlaku Hari Ini
  • Akibat Dunia Semakin Panas, 7000 Glasier Di China Hilang Sepenuhnya

Sumber: MYSA, Planetarium Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY