Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Huawei Belum Mati, Catat Untung Besar Di China

Pengguna Huawei Dilapor Guna Cara Baharu Untuk Pasang Aplikasi Google

Diterbitkan Mac 10, 2025 · Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh ariff bukhari

Pemilik telefon Huawei di luar China kini kembali menikmati aplikasi Google melalui alat pihak ketiga, sekali gus menunjukkan sekatan AS terhadap syarikat tersebut kurang berkesan.

Nikkei Asia melaporkan, kedai telefon pintar di Bangkok dan Dubai didapati menjual model telefon pintar Huawei, termasuk Mate X6, dengan aplikasi Google seperti Chrome dan Gmail yang dipasang dengan mudah secara tidak rasmi melalui servis pihak ketiga.

Situasi serupa turut berlaku di Hong Kong, di mana pekerja kedai di sana mendedahkan bahawa walaupun tiada aplikasi Google dalam peranti Huawei,  mereka boleh memasangnya melalui gedung aplikasi Huawei.

Huawei sebelum ini yang telah disenarai hitam oleh pentadbiran Trump pada 2019, menyebabkan syarikat itu tidak dibenarkan menggunakan aplikasi dan servis Google secara rasmi.

Akibatnya, jualan Huawei merosot dengan ketara.

Namun, pada 2024, Huawei kembali mencuri perhatian melalui siri telefon Pura 70 dan Mate XT yang menggunakan cip sendiri dengan kelajuan setaraf 5G, terutama dalam pasaran negara membangun.

Berkaitan

  • HUAWEI Mate XT Ultimate Design, Telefon Tri-Lipat Dijual Pada Harga RM14,999
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • realme C75x, Telefon Pintar Tahan Lasak Berharga RM599

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY