Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C75x_1

realme C75x, Telefon Pintar Tahan Lasak Berharga RM599

Diterbitkan Mac 10, 2025 ยท Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh Amsyar Latif

realme Malaysia memperkenalkan realme C75x, telefon pintar kelas permulaan yang menawarkan ciri tahan lasak, dan reka bentuk premium pada harga RM599.

Dihadirkan dengan slogan “Waterproof. Dropproof. Worryproof.”, C75x merupakan telefon paling tahan lama dalam kelasnya dengan perlindungan IP66, IP68, IP69 serta Rintangan Kejutan Gred Tentera. Ia direka untuk bertahan dalam pelbagai keadaan dengan Perlindungan ArmorShell, bingkai aluminium die-cast, dan teknologi SonicWave Water Ejection untuk mengeluarkan air secara automatik.

Dari segi prestasi, realme C75x hadir dengan RAM Dinamik 8GB, storan 256GB, skrin 120Hz, bateri 5,600mAh dengan pengecasan pantas 45W serta teknologi AI pintar. Kamera 50MP AI memastikan hasil tangkapan lebih jelas, manakala Mini Capsule 3.0 dan Google Gemini meningkatkan kecekapan multitugas. Selain itu, teknologi Ultra Boom 400% memberikan pengalaman audio yang lebih mengasyikkan.

realme C75x boleh didapati dalam dua warna menarik: Coral Pink dan Oceanic Blue. Jualan pertama bermula dari 8 Mac hingga 6 April di kedai jenama realme, pengedar sah, Shopee, Lazada, dan TikTok. Setiap pembelian dalam tempoh promosi akan menerima kaca bajaan Techlife dan Waranti Lanjutan selama 1 tahun.

realme C75x_2

Berkaitan

  • realme Malaysia Hadir Dengan Program Tukar Beli Untuk Pengguna
  • realme Hadir Dengan Konsep Pasang Lensa DSLR Pada Telefon

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY