Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VSCO Capture_

Pengguna iOS Kini Boleh Muat Turun VSCO Capture

Diterbitkan Julai 23, 2025 · Dikemas kini Julai 23, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas pelancaran awal di Ireland, Australia dan New Zealand pada bulan lalu, aplikasi VSCO Capture kini tersedia di App Store secara global.

Tidak seperti aplikasi utamanya, VSCO Capture membolehkan pengguna memilih lebih 50 preset sebelum gambar diambil. Pengguna juga boleh melaraskan pelbagai tetapan sambil melihat pratonton secara langsung, kemudian “snap” apabila semuanya sudah siap.

Antara muka VSCO Capture agak ringkas walaupun menawarkan pelbagai ciri dan alatan. Di bahagian bawah kiri skrin, pengguna boleh klik butang preset untuk melihat semua pilihan yang tersedia serta melaras tahapnya sekiranya terlalu ringan atau berlebihan.

Pengguna iOS Kini Boleh Muat Turun VSCO Capture

Untuk bertukar antara mod Auto dan Manual, pengguna boleh klik butang di bahagian bawah kanan skrin.

Dalam mod Auto, ciri tambahan seperti Bloom dan Halation akan diaktifkan secara automatik. Bloom akan menghasilkan kesan seperti kabus dan Halation menambah cahaya di sekeliling sumber cahaya. Kedua-dua ciri ini juga boleh dilaras mengikut kesesuaian.

Pengguna iOS Kini Boleh Muat Turun VSCO Capture

Selain itu, VSCO Capture juga menyokong imej dalam format JPEG, HEIC, RAW dan ProRAW dengan resolusi sehingga 48MP. Untuk suntingan selepas gambar diambil, pengguna perlu memasang aplikasi utama VSCO.

Bagi yang berminat, VSCO Capture kini tersedia secara percuma dan boleh dimuat turun di App Store. Namun begitu, perlu diketahui bahawa pengguna perlu mempunyai akaun VSCO untuk menggunakan aplikasi ini.

Berkaitan

  • Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • VSCO Akan Lancar 'Capture' - Aplikasi Kamera Untuk iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY