Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VSCO Capture_

VSCO Akan Lancar ‘Capture’ – Aplikasi Kamera Untuk iPhone

Diterbitkan Jun 25, 2025 · Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh Amalina Athman

VSCO, syarikat di sebalik aplikasi suntingan gambar popular, bakal melancarkan aplikasi kamera kendiri (standalone) untuk iPhone yang dinamakan sebagai ‘Capture’.

Berbeza dengan aplikasi utama VSCO yang lebih tertumpu kepada suntingan selepas gambar diambil dan elemen sosial, Capture membolehkan pengguna menetapkan preset atau gaya pilihan secara terus ketika mengambil gambar.

VSCO Capture_1

Dengan cara ini, pengguna mempunyai lebih kawalan terhadap hasil gambar sebelum butang ‘shutter’ ditekan.

Sekali gus, lebih mudah untuk mendapatkan hasil yang diinginkan tanpa perlu banyak suntingan tambahan, selain mempercepatkan perkongsian ke platform seperti Instagram dan rangkaian sosial VSCO sendiri.

CEO VSCO, Eric Wittman, dalam kenyataan kepada Bloomberg turut berkongsi sebab di sebalik pembangunan Capture. Menurutnya,

Semakin ramai jurugambar kini beralih daripada perisian suntingan yang terlalu rumit dan memilih aplikasi yang memudahkan mereka mendapatkan detik yang tepat dengan gaya yang diinginkan, terus ketika gambar diambil.

Preset, mod manual

Aplikasi Capture menawarkan 50 preset paling popular daripada VSCO, dengan setiap preset membolehkan pengguna melihat pratonton dan melarasnya secara masa nyata sebelum gambar diambil.

VSCO Capture_

Aplikasi ini dilengkapi kawalan manual yang tepat, sokongan tangkapan imej dalam format RAW, serta memberi ruang kepada jurugambar untuk menunjukkan kreativiti melalui fungsi seperti long exposure, pelbagai mod flash, dan effect filem yang boleh dilaras seperti ‘Bloom and Halation’.

Ketersediaan

Difahamkan, VSCO Capture akan ditawarkan secara percuma, namun pengguna perlu mempunyai akaun VSCO untuk menggunakan aplikasi ini.

Walaupun pautan muat turun di App Store masih belum tersedia, Capture dijangka akan dilancarkan seawal minggu ini di beberapa pasaran ujian terpilih, termasuk Ireland, Australia dan New Zealand.

👀 Coming soon… https://t.co/sniUDZh32z

— VSCO (@vsco) June 23, 2025

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Selepas Beberapa Tahun, Snapseed Versi iOS Kini Berwajah Baru
  • Filem F1 Guna Kamera Berasaskan iPhone 15 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY