Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Volkswagen Kembalikan Kokpit Retro Pada EV Polo Baharu

Volkswagen Kembalikan Kokpit Retro Pada EV Polo Baharu

Diterbitkan Januari 5, 2026 · Dikemas kini Januari 5, 2026 oleh ariff bukhari

Volkswagen memperkenalkan ID. Polo baharu dengan rekaan dalaman yang dibentuk berdasarkan maklum balas pelanggan.

Hasilnya, model konsep elektrik yang dikenali sebagai  ID. Polo 02 ini mengembalikan kawalan butang fizikal yang disertakan bersama kokpit digital beresolusi tinggi mesra pengguna dengan skrin bersudut pepenjuru bersaiz 26.0 cm (10.25 inci), dan skrin sentuh 33 cm (hampir 13 inci) bagi sistem info hiburan.

ID. Polo
Menjadikannya lebih menarik, Volkswagen juga menambah sentuhan nostalgia melalui “paparan retro ” yang menukar paparan digital kepada gaya klasik Golf era 1980-an.

Perisian baharu turut membawa ciri tambahan seperti pemanduan satu pedal, pembantu parkir lanjutan, serta Travel Assist generasi ketiga yang mampu mengenal pasti lampu merah dan papan tanda berhenti.

Model EV ID. Polo baharu ini akan hadir dengan pilihan varian kuasa 85 kW (116 PS), 99 kW (135 PS), 155 kW (211 PS), serta versi sporty ID. Polo GTI dengan 166 kW (226 PS).

Volkswagen Kembalikan Kokpit Retro Pada EV Polo Baharu

Dengan bateri  37 kWh (LFP), ia mampu memberikan jarak sehingga 300 km serta menyokong pengecasan pantas DC sehingga 90 kW (10–80% dalam ~27 minit).

Manakala bagi varian denagn bateri 52 kWh (NMC) dengan jarak sehingga 450 km, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 130 kW (10–80% dalam ~23 minit).

Masih sebagai konsep, tapi model EV Volswagen ID. Polo baharu ini dijadualkan akan dipasarkan pada akhir Aprl 2026 akan datang.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Robot Humanoid Kini Bekerja Di Kilang Bateri EV
  • Set Pertama Tren ECRL Dari China Tiba Di Kuantan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY