Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Xiao Mo”

Robot Humanoid Kini Bekerja Di Kilang Bateri EV

Diterbitkan Disember 29, 2025 · Dikemas kini Disember 29, 2025 oleh ariff bukhari

Pengeluar bateri terbesar dunia, CATL menjadi yang pertama di dunia melancarkan barisan pengeluaran pek bateri EV yang dikendalikan sepenuhnya oleh robot humanoid.

Robot bernama “Xiao Mo” itu dibangunkan oleh Spirit AI kini menggantikan pekerja manusia dalam proses ujian kritikal seperti End of Line (EOL) dan Direct Current Internal Resistance (DCR).

Tugas ini biasanya berisiko tinggi kerana melibatkan sambungan voltan tinggi, tetapi Xiaomo mampu melaksanakannya dengan kadar kejayaan melebihi 99%.

Robot Humanoid Kini Bekerja Di Kilang Bateri EV

Dikuasakan oleh model Vision-Language-Action (VLA), Xiao Mo boleh menyesuaikan gerakan secara dinamik, memastikan sambungan stabil tanpa merosakkan komponen.

Kecekapan kerjanya menyamai pekerja mahir, malah beban hariannya tiga kali ganda berbanding tenaga manusia.

CATL merancang memperluas penggunaan robot humanoid di kilangnya, seiring dengan kedudukannya sebagai peneraju global dengan pemasangan bateri EV sebanyak 355.2 GWh dari Januari hingga Oktober 2025, bersamaan 38.1% penguasaan pasaran dunia.

Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan konsistensi, tetapi juga menandakan era baharu automasi pintar dalam industri bateri.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia, Terbina Ruang GPS
  • China Cadang Seragam Piawaian Pemegang Pintu EV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY