Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Voice Note’ WhatsApp Ditambahbaik, Boleh ‘Pause’ Semasa Merakam

‘Voice Note’ WhatsApp Ditambahbaik, Boleh ‘Pause’ Semasa Merakam

Diterbitkan Mac 31, 2022 oleh Nadiah Ab

WhatsApp akhirnya telah melancarkan penambahbaikan baru pada “voice note”, termasuk keupayaan untuk mendengar mesej sambil membaca mesej dari chat lain.

voice note whatsapp
Mesej suara bermain sambil lihat chat lain.

Ciri merakam mesej suara juga menerima kemas kini baru. WhatsApp kini membenarkan anda untuk jeda (pause) dan sambung semula rakaman suara, membolehkan anda untuk berhenti dan memikirkan apa yang perlu dikatakan seterusnya.

Anda juga kini boleh mendengar mesej suara sebelum menghantar untuk memastikan suara anda tidak terputus dan supaya konteks mesej anda sampai kepada pendengar.

Terdapat juga sedikit kemas kini dari segi estetik. Daripada hanya menggunakan garis lurus untuk menunjukkan main balik mesej suara anda, WhatsApp kini menggunakan bentuk gelombang mesej sebenar.

Selain itu, WhatsApp juga akan menandakan di mana anda pause sesebuah mesej suara dan membenarkan anda dengar semula dari titik itu tanpa perlu mendengar keseluruhan mesej.

Penambahbaikan ini tentunya memudahkan ramai pengguna WhatsApp, yang dilaporkan menghantar sejumlah purata 7 bilion “voice note” dalam sehari.

Sumber: WhatsApp

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Ini Yang Dinanti, WhatsApp Sedang Uji Kongsi Media Bersaiz Hingga 2GB
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY