Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp size

Ini Yang Dinanti, WhatsApp Sedang Uji Kongsi Media Bersaiz Hingga 2GB

Diterbitkan Mac 27, 2022 oleh Amsyar Latif

Meskipun WhatsApp menjadi aplikasi permesejan pilihan ramai pengguna terutama di Malaysia tetapi kelemahan ketara terhadapnya adalah saiz perkongsian media yang terhad.

Buat masa sekarang, pengguna tidak boleh menghantar media yang saiznya melebihi daripada 100MB kerana itulah had yang ditetapkan WhatsApp.

Bagaimanapun, menurutĀ WABetaInfo, WhatsApp kini sedang menguji satu ciri baharu di mana ia membenarkan pengguna berkongsikan media bersaiz sehingga 2GB. Fungsi ini dikatakan telah pun digunakan sebilangan kecil pengguna beta di Argentina dan menjalankan iOS.

Ini Yang Dinanti, WhatsApp Sedang Uji Kongsi Media Bersaiz Hingga 2GB

Seperti biasa, belum diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan buat pengguna umum tetapi tidak mustahil kerana terdahulu WhatsApp pernah memberikan pengguna menghantar gambar berkualiti terbaik dalam aplikasinya.

Oleh yang demikian, semestinya perkara ini amat baik memandangkan pesaingnya Telegram sudah jauh ke hadapan.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY