Pada acara CES 2025, pemain video sumber terbuka popular, VLC, memperkenalkan ciri baharu yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan sari kata automatik dan terjemahan masa nyata secara luar talian. Demonstrasi ciri ini dilakukan oleh Presiden VideoLAN, Jean-Baptiste Kempf, yang menunjukkan bagaimana sarikata boleh dijana terus di peranti pengguna tanpa memerlukan sambungan internet atau perkhidmatan awan.
Ciri baharu ini menggunakan model AI sumber terbuka untuk menjana sari kata dalam pelbagai bahasa, dengan rancangan untuk menyokong lebih daripada 100 bahasa. Menurut Kempf, terjemahan automatik juga tersedia untuk menukar sari kata kepada bahasa pilihan pengguna, memberikan pengalaman tontonan yang lebih mesra pengguna.
https://x.com/videolan/status/1877072497146781946
Teknologi ini sebelumnya tersedia dalam bentuk pemalam menggunakan sistem pengiktirafan pertuturan Whisper oleh OpenAI, tetapi versi terbaru ini kini diintegrasikan terus ke dalam aplikasi VLC, membolehkan sari kata dan terjemahan dijana secara masa nyata. Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi ciri ini masih belum diumumkan.
Dalam minggu yang sama, VideoLAN turut meraikan kejayaan besar dengan mencatat lebih daripada 6 bilion muat turun VLC di seluruh dunia. Kempf menyatakan bahawa bilangan pengguna aktif VLC terus meningkat, walaupun dalam era dominasi perkhidmatan penstriman.
Dengan ciri AI yang canggih ini, VLC terus membuktikan dirinya sebagai pemain video utama yang relevan dan inovatif.
{suggest}
Sumber: The Verge