Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA project digits

NVIDIA Perkenalkan Superkomputer AI Terkecil Di Dunia, Harga Bermula ~RM13,500

Diterbitkan Januari 8, 2025 · Dikemas kini Januari 8, 2025 oleh ariff bukhari

Pada acara CES 2025, CEO Nvidia Jensen Huang mengumumkan Project DIGITS iaitu superkomputer AI peribadi yang menyediakan penyelidik AI, saintis data dan pelajar di seluruh dunia dengan akses kepada kuasa platform NVIDIA Grace Blackwell Superchip.

Apa yang menariknya adalah PC ini yang dikuasakan GB10 Superchip ini hanya menggunakan soket elektrik standard untuk menjalankannya.

GB10 Superchip ialah sistem-pada-cip (SoC) berdasarkan seni bina NVIDIA Grace Blackwell yang mampu menyampaikan sehingga 1 petaflop prestasi AI pada ketepatan FP4.

GB10 adalah cip super serba canggih yang menggabungkan GPU Blackwell NVIDIA dengan CUDA dan teras Tensor generasi terbaru serta CPU NVIDIA Grace dengan 20 teras cekap tenaga berdasarkan seni bina Arm.

NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip

Dibangunkan bersama MediaTek, GB10 Superchip menawarkan kecekapan tenaga, prestasi, dan sambungan terbaik.

Berikut adalah Ciri Utama GB10 Superchip:

  • Kuasa Tinggi, Penggunaan Tenaga Rendah: Berfungsi hanya dengan soket elektrik standard.
  • Memori dan Storan: 128GB memori bersatu dan menyokong sehingga 4TB storan NVMe.
  • Kapasiti Model AI: Menjalankan model bahasa raya (LLM) sehingga 200 bilion parameter, dan hingga 405 bilion parameter apabila dua sistem DIGITS disambungkan melalui NVIDIA ConnectX.
NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip
Jensen Huang perlihatkan dua sistem DIGITS disambungkan melalui NVIDIA ConnectX.

“AI akan menjadi arus perdana dalam setiap aplikasi untuk setiap industri. Dengan Project DIGITS, Grace Blackwell Superchip datang kepada berjuta-juta pembangun,” kata Jensen Huang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA.

Project DIGITS akan tersedia pada bulan Mei daripada NVIDIA dan rakan kongsi utama dengan harga bermula pada $3,000 (~RM13,500).

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • ASUS ROG G700, 'Desktop Gaming' Berkuasa Yang Mudah Dinaik Taraf
  • BMW Perkenal Panoramic iDrive, Akan Hadir Pada Semua Model Baharu Penghujung 2025

Sumber: NVIDIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY