Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
logo tahun melawat malaysia 2026

Logo Tahun Melawat Malaysia 2026 Bukanlah Karya Yang Dijana AI

Diterbitkan Januari 9, 2025 ยท Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah pun melancarkan Kempen Melawat Malaysia 2026 atau Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Menerusinya, logo rasmi VM2026 turut diperkenalkan di mana ia menampilkan ilustrasi beruang Matahari. Maskot diberi nama Wira dan Manja itu mendapat perhatian serta menerima pujian orang ramai.

logo vm2026
Logo Tahun Melawat Malaysia 2026

Walau bagaimanapun, ada individu yang dilihat kurang senang dengan logo tersebut. Individu yang memuat naik kiriman di platform X tersebut berharap yang logo serta ilustrasi itu bukanlah janaan kecerdasan buatan (AI).

photo_2025-01-09 12.07.41

Disebabkan itu, anak pelukis tempatan yang melukis ilustrasi tersebut tampil mempertahankan lukisan ayahnya.

photo_2025-01-09 12.07.37

Biarpun telah menunjukkan bukti dengan memaparkan beberapa tangkap layar WhatsApp bersama ayahnya, individu yang mencetuskan perdebatan hangat ini seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan bahawa ilustrasi beruang pada logo VM2026 adalah asli dan bukannya AI.

photo_2025-01-09 12.07.39

Kita akur yang zaman sekarang, AI mampu melakukan banyak perkara termasuklah menghasilkan karya seni. Oleh itu, saya juga faham yang mungkin individu di X yang dilihat juga seorang juruanimasi berasa begitu.

Namun, bagi saya, sekiranya ia sudah diperjelaskan dengan baik, tidak perlulah untuk mempertikaikannya lagi. Kita pun seharusnya memuji dan berbangga kerana logo serta maskot untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 memang cantik.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • 'Bapa AI': Risiko AI Sebabkan Kepupusan Manusia Dalam 30 Tahun Akan Datang Kini Cecah 10% Hingga 20%
  • AI Boleh Tiru Keperibadian Manusia Dengan Ketepatan 85% Hanya Dalam Dua Jam - Kajian
  • AI Bakal Pengaruhi Lebih 30% Pekerjaan Di Malaysia Dalam Tempoh 10 Tahun - Menteri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY