Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo y29, y39

vivo Y29 & Y39 Dilancar Di Malaysia – Bateri Besar, Tahan Lasak, Harga Dari RM799

Diterbitkan Februari 27, 2025 oleh Amsyar Latif

vivo Malaysia hari ini memperkenalkan vivo Y29 dan vivo Y39, telefon pintar kelas pertengahan dengan bateri BlueVolt 6500mAh, menawarkan penggunaan sehingga 73 jam serta fungsi pengecasan berbalik untuk mengecas peranti lain.

Kedua-dua model ini hadir dengan reka bentuk tahan lasak, dilengkapi IP64 kalis air dan debu, serta ketahanan jatuh sehingga 2 meter. Skrin 6.68” HD+ LCD dengan kadar segar semula 120Hz memastikan pengalaman tontonan lebih lancar dan selesa dengan teknologi perlindungan mata.

Y29 & Y39 KV_BM

Untuk audio, dwi pembesar suara dengan 400% peningkatan bunyi memberikan pengalaman bunyi lebih jelas dan bass yang lebih mantap, sesuai untuk hiburan dan panggilan di persekitaran bising.

Harga & ketersediaan

vivo Y29 dijual pada harga RM799, manakala vivo Y39 pada RM999, dan boleh didapati di semua stor rasmi vivo serta platform dalam talian bermula 27 Februari.

Berkaitan

  • vivo Akan Perlihat Prototaip Peranti Realiti Campuran Pada 2025
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • vivo Terajui Pasaran Telefon Pintar Di China Sepanjang 2024 - Canalys

Sumber: Siaran media vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY