Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo realiti campuran (MR)

vivo Akan Perlihat Prototaip Peranti Realiti Campuran Pada 2025

Diterbitkan Disember 31, 2024 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan laporan, Pengurus Produk vivo, Han Boxiao mengesahkan yang vivo sudah ada perancangan untuk masuk ke dalam pasaran peranti realiti campuran (MR). Ia dikatakan diinspirasi daripada Apple Vision Pro.

Han menegaskan bahawa pasukan yang akan membangunkan peranti tersebut sudah mencapai 500 orang dan kini dalam usaha untuk mencipta teknologi baharu buat peranti itu.

Menurutnya lagi, prototaip pertama bakal diperlihatkan sekitar bulan September atau Oktober 2025. Sementara, versi rasmi atau komersial akan dilancarkan apabila peranti itu benar-benar sudah bersedia.

Screenshot 2024-12-31 at 11.44.33 AM

Memandangkan jualan Apple Vision Pro pun tidak memberangsangkan, vivo mungkin tidak perlu terburu-buru. Malah, tidak mustahil kalau vivo mampu menghasilkan produk seakan atau lebih maju daripada Vision Pro tetapi dijual pada harga lebih rendah, mungkin peranti ini akan mendapat perhatian dunia kembali.

Dalam perkembangan lain, vivo semakin mahu mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kamera telefon pintar. Ini kerana, mereka bakal mengumumkan cip pemprosesan imej generasi terbaru yang akan digunakan pada X200 Ultra.

Sumber: innogyan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pengalaman Awal Guna Play For Dream MR, Ada Potensi Lawan Apple Vision Pro
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Stor vivo Kini Tersedia Di Aplikasi TNG eWallet
  • Siri vivo X200 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599
  • vivo Malaysia & Miss Tourism International Cipta Rekod Bersejarah Bersama Siri X200
  • vivo Mungkin Akan Lancar Sub-Jenama Baharu

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY