Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo HQ

vivo Terajui Pasaran Telefon Pintar Di China Sepanjang 2024 – Canalys

Diterbitkan Januari 24, 2025 oleh ariff bukhari

Menurut penyelidikan terkini Canalys, pasaran telefon pintar di Tanah Besar China mencatat penghantaran sebanyak 285 juta unit pada 2024, meningkat 4% selepas dua tahun penurunan.

vivo mendahului pasaran dengan 17% pegangan, dengan jumlah penghantaran 49.3 juta unit sepanjang tahun 2024 lepas.

Ia diikuti oleh Huawei dengan 46.0 juta unit dan pertumbuhan tahunan 37%. Apple, OPPO, dan HONOR pula masing-masing memegang 15% pegangan pasaran.

vivo Terajui Pasaran Telefon Pintar Di China Sepanjang 2024 – Canalys
vivo Terajui Pasaran Telefon Pintar Di China Sepanjang 2024 – Canalys

 

Walaubagaimanapun, Apple kekal di tempat pertama bagi suku ke-4 2024 dengan penghantaran 13.1 juta unit iPhone, walaupun mengalami penurunan 25% akibat persaingan sengit dalam negara itu.

vivo dan Huawei masing-masing meraih 17% pegangan pasaran, sementara Xiaomi mencatat pertumbuhan tahunan tertinggi sebanyak 29%, diikuti oleh OPPO dengan 18% bagi suku tersebut.

vivo Terajui Pasaran Telefon Pintar Di China Sepanjang 2024 – Canalys

Jangkaan untuk 2025, Canalys menjangka penghantaran telefon pintar di China melebihi 290 juta unit, disokong oleh pemulihan permintaan, dasar subsidi nasional, dan peningkatan pengalaman produk seperti hayat bateri lebih lama, reka bentuk lebih ringan, dan sistem AI yang dipertingkatkan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • iPhone Mendominasi Pasaran Telefon Pintar Global Sepanjang 2024 - Canalys
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Sumber: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY