Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x300 pro

vivo X300 Pro, Telefon Yang Cuba Jadi Kamera Profesional

Diterbitkan Oktober 17, 2025 · Dikemas kini Oktober 17, 2025 oleh ariff bukhari

vivo telah pun melancarkan siri telefon pintar flagship terbaharunya, siri vivo X300.

Tetapi yang pastinya, model vivo X300 Pro yang paling mencuri perhatian, khususnya pada kamera utamanya menggunakan sensor LYT-828 yang dbangunkan secara bersama oleh vivo dan Sony.

ZEISS APO 200MP Super Telephoto

Malah, vivo setapak ke hadapan menerajui kamera telefon pintar dengan memperkenalkan sokongan kepada sistem kamera ZEISS APO 200MP Super Telephoto yang dibangunkan hasil kerjasama vivo dengan Samsung.

vivo X300

Gabungan dua gergasi teknologi ini menghasilkan sistem pengimejan luar biasa menerusi teknologi BlueImage Extreme Subject-Tracking Engine yang mampu mengesan dan mengekalkan fokus subjek sepantas milisaat, walaupun dalam situasi penuh pergerakan seperti konsert.

vivo X300 Pro, Telefon Yang Cuba Jadi Kamera Profesional
Turut diperkenalkan adalah mod Portrait yang hadir dengan pelbagai kategori seperti Periods, Region, Seasons, dan Creativity.
vivo X300 Pro, Telefon Yang Cuba Jadi Kamera Profesional

Tambahan pula, kuasa pemprosesan peranti ini dipertingkatkan lagi dengan integrasi cip pengimejan dalaman vivo V3+ yang memberikan keupayaan rakaman video 4K 120fps berkualiti tinggi, menggunakan kamera depan atau belakang — satu kelebihan besar bagi pencipta kandungan.

OriginOS 6

vivo X300 Pro tampil dengan Unibody 3D Glass Design menggunakan Coral Velvet Glass yang memberikan sentuhan lembut serta tekstur matte premium.

@wisermy

OriginOS 6 akhirnya akan tiba untuk global update, korang dah ready? #originos #vivo #vivox300pro

♬ Dark and mysterious trap beat Long Version(1561941) – Koko ni studio

Walaupun bonggol kameranya agak besar, keseluruhan binaan masih tampak elegan dan berkualiti tinggi.

vivo x300
Dikuasakan oleh cip Dimensity 9500 dan vivo V3+, telefon ini mencapai skor AnTuTu sekitar 4.1 juta.

Paparan 6.78 inci ZEISS Master Color Display menjanjikan pengalaman visual mengagumkan dengan kadar segar semula tinggi dan kecerahan adaptif hingga serendah 1 nit.

Gabungan reka bentuk dan perkakasan berkuasa peranti ini sudah tentunya disempurnakan oleh OriginOS 6.

Antara ciri menarik dalam OS ini ialah Dynamic Glow, efek cahaya yang bergerak mengikut gerakan pengguna, serta Translucent Color yang memberikan elemen tembus pandang premium pada antara muka.

originOS 6

vivo turut memperkenalkan Flip Cards, fungsi yang menukarkan imej bila skrin digerakkan ke kiri atau kanan.

Untuk urusan pemindahan fail, One-Tap Transfer membolehkan perkongsian pantas antara peranti dengan hanya satu sentuhan — mirip AirDrop tetapi merentas platform.

Bateri 6510mAh dengan teknologi Silicon Anode pula menjamin ketahanan setanding bateri 7500mAh, menjadikannya peranti ini serba lengkap untuk kerja harian dan hiburan.

Kesimpulannya, vivo X300 Pro bukan sekadar telefon pintar, ia adalah gabungan kamera profesional, prestasi unggul, dan rekaan mewah dalam satu peranti.

Walaupun saiz bonggol kamera mungkin membimbangkan sesetengah pengguna, hasil gambar yang memukau, video sinematik, serta pengalaman penggunaan yang lancar menjadikannya antara flagship terbaik tahun ini.

Untuk pasaran China, vivo X300 Pro dilancarkan dengan harga bermula 5,299 Yuan (~RM3,100) untuk varian 12GB RAM + 256 GB storan. Ia dijangka bakal menemui peminatnya di Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OPPO Rasmikan ColorOS 16, Bakal Dilancar Pada Siri Find X9
  • Siri HONOR Magic8 Dilancar - Snapdragon 8 Elite Gen 5, Kamera 200MP Telefoto, Bateri 7200mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY