HONOR melancarkan siri HONOR Magic8 di China, yang diposisikan sebagai telefon pintar AI pertama syarikat dengan keupayaan “Self-Evolving”. Tumpuan utamanya ialah YOYO Agent generasi baharu yang mampu melaksanakan tugasan secara automatik merentas lebih 3,000 senario yang mamu melaksanakan pengurusan rutin seperti menghapuskan gambar kabur, hinggalah tugasan profesional seperti merumus perbelanjaan mingguan dan menghantar e-mel.
Siri ini turut membawa butang AI khusus untuk akses segera kepada YOYO, kegunaan kamera pantas, serta kebolehsuaian fungsi satu sentuhan. Ciri YOYO Memories pula membina pangkalan pengetahuan peribadi dengan perlindungan privasi hujung ke hujung.
Dalam fotografi, HONOR Magic8 Pro mengetengahkan sistem telefoto AI paling maju syarikat setakat ini. Kamera telefoto Ultra Night 200MP dengan sensor 1/1.4 inci dan apertur f/2.6. Dipadankan penstabilan AI, HONOR mendakwa kadar kejayaan penggambaran zum meningkat ketara, mencapai penstabilan bertaraf CIPA 5.5.
Siri ini juga memperkenalkan Magic Color, enjin warna berasaskan AI yang mengekstrak sehingga 16.77 juta warna dan menyokong penjejakan serta migrasi warna peranti-awan untuk prapapar masa nyata dan gred warna yang konsisten.
Dari sudut prestasi, siri Magic8 dikuasakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan teknologi GPU-NPU heterogeneous AI untuk super-resolution dan frame generation dalam permainan di mana ia menyasar sehingga 120fps pada 1080p daripada 60fps asal.
Magic8 Pro memuatkan bateri 7,200mAh berasaskan silikon-karbon, 120W berwayar dan 80W tanpa wayar HONOR SuperCharge.
Perisian MagicOS 10 (Android 16) menawarkan ekosistem terbuka merentas Android, HarmonyOS, iOS dan Windows, dengan rekaan antara muka lutsinar serba baharu.
Ketahanan turut diperkukuh dengan pensijilan IP68/69/69K dan kaca pelindung “Giant Rhino”. Pada masa sama, HONOR turut mengacah faktor bentuk baharu HONOR ROBOT PHONE sebagai sebahagian pelan ALPHA.
Magic8 dijual dari RMB4,499 (~RM2,668), sementara Magic8 Pro dari RMB5,699 (~RM3,380); pilihan warna Sunrise Gold, Sky Cyan, Black, Glacier White. Pelancaran global dirancang hujung tahun ini.
{suggest}