Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X300 Series Main KV

Pra-Tempah vivo X300 Ultra & FE Kini Dibuka, Tawar Rebat Tunai RM900 Dan Ganjaran Eksklusif

Diterbitkan Mei 4, 2026 oleh Amsyar Latif

vivo Malaysia kini memulakan tempoh pra-tempah bagi dua model terbaharu dalam barisan flagship mereka, iaitu vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE.

Bermula sekarang sehingga 22 Mei 2026, pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk rebat tunai dan aksesori fotografi premium.

vivo X300 Ultra Preorder KV

Bagi model andalan vivo X300 Ultra, pembeli bakal menerima rebat tunai sebanyak RM900 bersama tripod fotografi aluminium COMAN bernilai RM299.

vivo X300 FE Preorder KV

Sementara itu, bagi peminat peranti kompak, pra-tempah vivo X300 FE didatangkan dengan ganjaran berupa pembesar suara JBL serta vivo Buds Pro yang secara keseluruhan bernilai hampir RM500.

Sebagai nilai tambah, kedua-dua model ini turut disertakan dengan pakej perlindungan vivo Care yang merangkumi jaminan lanjutan satu tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari.

Pelanggan juga boleh memanfaatkan tawaran pembelian-dengan-pembelian (PWP) yang memberikan diskaun 30 peratus untuk aksesori ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dan Gen 2 Ultra, lengkap dengan beg penyimpanan percuma.

vivo X300 Ultra Photography Kit

Di samping itu, pakej Photographer Kit untuk model Ultra dan Telephoto Extender Kit untuk model FE turut ditawarkan bagi membolehkan pengguna meningkatkan keupayaan zum peranti mereka pada harga yang lebih kompetitif melalui potongan harga sehingga RM300.

vivo X300 FE Kit
Dari segi spesifikasi, vivo X300 Ultra menonjol sebagai peranti pengimejan gergasi yang dilengkapi Dual 200MP ZEISS Cameras dan sistem lensa Master Prime untuk rakaman video 4K 120fps yang lancar.

Peranti ini hadir dalam pilihan warna Steppe Green dan Volcano Black, serta menyokong aksesori vivo Imaging Grip untuk kawalan fizikal seumpama kamera profesional.

Bagi vivo X300 FE pula, ia menawarkan keseimbangan antara prestasi dan reka bentuk ultra-nipis 7.99mm dengan sokongan 100x hyper zoom melalui kamera Super Telephoto 50MP. Model kompak ini tersedia dalam pilihan warna Mist Purple, Glow White, dan Luxe Black yang mengekalkan identiti moden.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY