Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
V70 FE KV

vivo V70 FE Dilancar – Kamera 200MP, Bateri 7000mAh, Harga Bermula RM1,599

Diterbitkan April 9, 2026 oleh Amsyar Latif

vivo V70 FE secara rasminya mendarat di pasaran Malaysia dengan memfokuskan kepada gabungan reka bentuk premium dan prestasi tinggi.

Walaupun hanya setebal 7.59 mm, vivo berjaya memuatkan bateri gergasi BlueVolt 7,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge. Ketahanan peranti ini turut diperkukuh dengan rating IP68 dan IP69, membolehkannya bertahan dalam rendaman air sehingga 1.5 meter.

Ciri utama peranti ini ialah sistem 200MP Ultra-Clear Imaging yang menggunakan sensor besar 1/1.56” dan penstabilan imej CIPA 4.0.

vivo turut menyertakan pelbagai ciri pintar berasaskan AI seperti AI Magic Weather, AI Erase, dan AI UHD untuk meningkatkan kualiti fotografi.

Dari segi paparan, ia menggunakan skrin AMOLED 1.5K dan dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo yang menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android terbaru.

V70 FE AIO

Harga dan Ketersediaan

Pre-Order KV

vivo V70 FE ditawarkan pada harga bermula RM1,599 untuk varian 256GB. Pra-tempahan kini dibuka sehingga 17 April 2026 dengan tawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256, termasuk vivo Buds Air3, jam tangan V Selection, serta jaminan perlindungan skrin.

Pelanggan juga berpeluang menikmati rebat tunai RM100 dan pelan ansuran 0% melalui rakan bank serta penyedia perkhidmatan terpilih.

Berkaitan

  • OPPO Find X9 Pro VS vivo X300 Pro: Kamera Mana Yang Best?
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • vivo V70 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY