Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

vivo V50 Lite Kini Di Malaysia, Siri V50 Yang Lebih Mampu Milik

Posted on April 29, 2025April 29, 2025

Awal Mac lepas, vivo membawa masuk vivo V50 ke pasaran Malaysia dengan tanda harga RM1,999. Kini, model terbarunya, V50 Lite pula hadir untuk pengguna tempatan di mana harga ditawarkan lebih mampu milik, iaitu bermula RM1,299.

Telefon ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.77 inci berkadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksimum 1300 nits dan juga mempunyai pensijilan SGS Eye Care untuk penjagaan mata.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300, ia dipadankan bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri BlueVolt sebesar 6500mAh dibekalkan dengan kelajuan cas setinggi 90W.

Tambahan lagi, vivo memberi jaminan kesihatan bateri selama 5 tahun mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti selepas 1,700 kitaran pengecasan.

Dari sudut fotografi, peranti ini menawarkan kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 32MP. Tidak dilupakan juga, sistem Aura Light untuk pencahayaan baik semasa mengambil gambar potret.

Ciri-ciri AI juga terdapat dalam telefon ini seperti AI SuperLink untuk sambungan stabil, Circle to Search, Live Text dan AI Screen Translation.

Lain-lain adalah termasuk dwi pembesar suara stereo dengan kelantangan 400%, kalis air dan debu IP65 dan ditawarkan dalam pilihan tiga warna — Titanium Gold, Phantom Black, dan Fantasy Purple.

Sempena promosi pelancaran, pelanggan yang membeli vivo V50 Lite 5G di mana-mana Kedai Konsep vivo dari sekarang hingga 2 Jun 2025 akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,096.

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk sepasang vivo Buds bernilai RM129, rebat tunai sebanyak RM100, serta waranti lanjutan vivo care+ selama 1+1 tahun.

@wisermy

vivo V50 Lite ni mungkin jadi pilihan menarik bajet bawah RM1500 – Simple, tahan lama, dan surprisingly smooth. 🔥 #vivov50lite

♬ Beat – beaty

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress