Vivo X20 Plus UD Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin Telah Dilancarkan

Setelah sekian lama telefon pintar dengan teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin menjadi buah mulut, akhirnya ia dilancarkan untuk pasaran China.

Dikenali sebagai Vivo X20 Plus UD, peranti ini menggunakan sensor optikal Clear ID FS9500 dari Synaptics.

X20 Plus UD memabawakan rekaan skrin berukuran 6.43 inci AMOLED dengan nisbah 18:9. Dipacu oleh cip pemprosesan Snapdragon 660 dan gandingan memori RAM 4GB serta ruang simpanan 128GB.

Dilengkapi dengan tetapan dwi kamera 24MP dan 5MP untuk bahagian belakang, sementara kamera swafoto pula mengenakan lensa 24MP.

Model ini dijana dengan bateri berkuasa 3800mAh beserta sokongan pengecasan pantas, dan akan menjalankan sistem operasi berasaskan Android Nougat 7.1.2 melalui FunTouch OS.

Harga pasaran di China adalah 3998 Yuan, iaitu sekitar ~RM 2457.92 mengikut tukaran matawang asing semasa.

Sumber: BGR